Nama sebenar GPM adalah Budimah binti Budun. Saya merupakan guru biasa DG41 dan posting pada Tahun 2011 di SMK Gum Gum. Saya memegang jawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bermula Tahun 2015. Di awal tahun, saya cuma menggantikan GPM selama tiga bulan kerana GPM sebenar mengambil cuti bersalin. Saya mempelajari ilmu Pengurusan Pusat Sumber dengan menggunakan Buku Panduan yang diberi oleh PKG. Buku Panduan tersebut saya terima dalam Bulan Mac. Selain itu, saya juga mencari maklumat dari internet sebagai tambahan. Pada bulan Mac yang lalu, saya telah menghadiri Kursus i-NILAM dan iQPSS di SMK Merpati anjuran PKG. Dalam kursus tersebut, saya telah mendapat tahu cara mengisi data i-NILAM dan iQPSS sekaligus ianya menjadi panduan untuk melaksanakan NILAM di sekolah. Harapan agar kursus asas dan kursus lanjutan GPM dianjurkan untuk membantu GPM berkenaan proses teknik bahan Pusat Sumber. Sebagai tambahan, PSS kekurangan staf kerani berjawatan S17 menjadikan tugas-tugas pengurusan Pusat Sumber terpaksa dipangku oleh GPM. Terdapat ahli Guru PSS seramai 4 orang. Tapi, masing-masing mempunyai komitmen dalam memegang jawatan yang lain. Oleh itu, GPM mengambil inisiatif mewujudkan blog sebagai medium penyampaian berkenaan PSS untuk menjimatkan masa selain dapat berkongsi maklumat kepada semua sekolah di malaysia.
Pada Bulan Mac 2015, saya telah menerima surat lantikan sebagai GPM (lantikan sekolah). Seminggu selepas itu, Pelancaran Program NILAM diadakan pada 20 Mac 2015 (Isnin) selepas waktu perhimpunan. Alhamdulillah, taklimat tentang NILAM telah disampaikan. Terdapat tiga pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Pembaca terbanyak untuk murid, Pertandingan Kumpulan Rakan Pembaca dan Pertandingan Pembaca terbanyak untuk guru. Meskipun, NILAM adalah untuk murid namun, inisiatif dilakukan untuk guru dengan harapan menggalakkan guru-guru untuk membaca bahan ilmiah sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta membantu memantapkan pengajaran.